11.30.2015

Yummy Yogurt For Breakfast !!!



1 pack of yogurt (any brand)
Instant oat (half of the cup)
Low fat milk (half of the cup with any brand)
Slice a fresh  strawberry 

Put all together by layered

tadaaaaaa.....
Read More...

11.17.2015

Kenali Asal Usul Anda...Berdasarkan Al Quran dan bukannya dengan Buku Sejarah !!!


Dari mana kah asalnya kita? satu persoalan yang cukup menarik. Jika melihat kepada sejarah yang kita belajar disekolah dahulu diceritakan bahawa manusia berasal dari zaman purbakala. Tidak tahu bercakap, tidak pandai apa-apa, tidak berpakaian dll. Tapi benarkah? Persoalan lagi.

Tapi cuba kita berfikir dengan tenang dan panjang lebar dengan akal fikiran yang Allah kurniakan kepada kita mengapa kita tidak melihat sejarah asal usul manusia dari konteks Al Quran.  Ok mari kita lihat apakah kebenarannya.

Di dalam Al Quran Allah telah menerangkan bahawa Allah menjadikan Nabi Adam dan Allah telah mengajarkan kan Nabi Adam nama-nama benda dan Nabi Adam disuruh untuk memberitahu apakah benda-benda itu. So, jelas bahawa orang pertama yang Allah jadikan telah pandai bercakap. Jadi teori zaman purbakala bahawa orang purbakala tidak boleh bercakap adalah tidak benar.

Kemudian, teori bahawa orang zama purbakala tidak pandai membuat peralatan juga tidak benar. Allah telah menyuruh  Nabi Nuh untuk membuat kapal yang besar sejak beribu-ribu tahun dahulu. So, sejarah ciptaan manusia salah lagi.

Jadi untuk kita mengenal asal usul kita dengan lebih mendalam saya rasa kita semua perlu menonton video ini. Video ini sangat bagus kerana video ini menceritakan dengan mendalam siapakah kita sebenarnya. Selamat menonton !!!.


Read More...

Bagaimana menghadapi ISIS ? ..."jangan Kamu bergerak, jangan kamu berbuat apa-apa..."

Hari ini saya nak bercerita sikit tentang ISIS. Kita masuk sikit bab agama. Maklumlah 2 3 hari lepas kita digemparkan dengan bom di Paris. Katanya dalangnya adalah ISIS. Tapi kita tinggalkan bab bom ni sebab apa yang penting saya nak cerita sedikit tentang ISIS.

Cerita ISIS yang saya tulis ini saya ambil infonya dari ceramah Ustaz Nazrul Nasir - Tajuk : Siapa ISIS ?.  Ok, mari saya cerita serba sedikit tentang ISIS atau DAISH ini.

ISIS bermaksud Islamic State in Iraq and Syria dan dalam bahasa Arab bermaksud DAISH iaitu ad-Dawlat al-Islamiyya fī’l-‘Iraq wa’sh-Sham.

Di dalam hadith Nabi S.A.W ada mengatakan tentang sifat-sifat ISIS ini iaitu : 

1) Kalau kamu melihat bendera hitam yang daripada Timur,
- tidak syak lagi ISIS ini memang dari Timur
2) Nama-nama mereka ini kunniah iaitu ada berbunyi Abu, 
- nama ketua ISIS ini ialah Abu Bakar
3) Nisbah mereka adalah negeri mereka iaitu Al Baghdadi,
- dan nama ketua mereka Abu Bakar Al Baghdadi mereka dari Baghdad (iraq)
4) Rambut mereka panjang macam rambut orang perempuan,
- memang jelas rambut orang-orang ISIS ini panjang
5) Mereka membunuh orang-orang Islam sedangkan Yahudi laknatullah dibiarkan,
- mereka membunuh semua orang yang dianggap berbuat Bida'ah, maka darah orang yang membuat Bida'ah ini halal utk dibunuh dan mereka tidak membunuh pun orang yahudi (yang memang sepatutnya dibunuh).

Jika kita melalui saat ini, saat dimana ISIS berleluasa maka kata Nabi S.A.W "jangan kamu bergerak dan jangan kamu berbuat apa-apa...kerana mereka akan berbunuhan sesama sendiri sebelum turunnya Imam Mahdi."

Jadi jelas bahawa Nabi S.A.W telah memberikan peringatan bahawa berdiam diri itu dan jangan melakukan apa-apa dan itulah yang terbaik untuk kita buat masa ini.

Saya teringat cerita yang diceritakan oleh sahabat saya di Iraq bahawa setiap hari DAISH/ISIS ini akan sesuka hati menangkap orang dan membunuh mereka tanpa belas kasihan. Tidak kiralah anda sunni atau syiah, sama sahaja semuanya akan dibunuh. Setiaap hari ada sahaja bunyi bom yang meletup hingga sahabat saya tu nak ke gym yang berada tidak jauh dari rumahnya pun tidak berani untuk keluar. Bayangkan betapa bahaya dan ganasnya DAISH/ISIS ini.

So, moral of the story, kita perlu berhati-hati dan sentiasa mengambil tahu perkembangan dunia kerana kita sesama muslim adalah saudara dan kita mempunyai tanggungjawab bersama. Kita buatlah apa yang termampu seperti donation dsbnya. In sya Allah semoga usaha kecil kita ini memberi manfaat.


Read More...

11.16.2015

The clock is ticking !!! Victor Frankenstein Movie


The clock is ticking !!! 

Victor Frankenstein Movie...






A film by 20th Century Fox will be in cinema on 26th November 2015. 
Don't miss it..

Radical scientist Victor Frankenstein (McAvoy) and his equally brilliant protege Igor Strausman (Radcliffe) share a noble vision of aiding humanity through their  research into immortality. But Victor’s experiments go too far, and his obsession has reached over the limit. Only Igor can bring his friend back from the brink of madness and save him from his monstrous creation.


Read More...

Love Supermoon, Rugi Sapa Tak Tengok!!!


Love Supermoon, Rugi sapa tak tengok!!!



Sapa yang dah tengok cerita ni??? Best giler...Tak sangka pula cerita yang simple je jalan cerita nya jadi satu cerita yang best. Para pelakon pun menarik juga. Ia tentang kisah 5 sekawan yang mana Razak (watak utama Farid Kamil), Sulayman (Zain Hamid) dan Triz (watak utama Nadiya Nisaa), Nina (Rita Rudani) dan Tiha (Anne Ngasri) yang memang kaki gosip memanjang. 

Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina(Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Nak dijadikan cerita Razak ni seorang Dr yang juga playboy. Triz pula sering gagal dalam bercinta. Sehingga la dia bertemu dengan Azman (Azhar Sulaiman) yang mengongkong, suka menggunakan duit Triz, tidak pernah menyokong apa saja minat Triz. Namun, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru. Ha, maka disini la mereka mula berhubung sebagai kawan. Namun, tipula kalau lelaki dan perempuan berkawan baik mesti salah seorang akan ada rasa cinta pada seorang lagi.
So disini wajibla Triz kan.....Sehinggalah Razak mempunyai kekasih baru Marina. Maka Triz rasa terasing....Membawa diri ke Johor Bharu...(emmm Johor lagi). Dan akhirnya pemergian Triz membuat Razak rasa sunyi. Maka barulah Razak sedar yang cinta sebenarnya adalah Triz. Kerana dengan Triz, Razak boleh menjadi diri sendiri................So jangan lupa saksikan LOVE Supermoon....Bab kenapa nama dia Supermoon, hhaha ini kena saksi kan sendiri.
Read More...

11.11.2015

Tuan Anas Mikael....Siri Terbaru

Ok, sapa yang dah tengok siri terbaru Tuan Anas Mikael. Sepanjang minggu ini siri ini telah ditayangkan 2 kali Isnin dan Selasa tepat jam 10.00 malam. Setakat 2 siri yang dimainkan ini memang best. Tambah lagi heronya Pisces: Aaron Aziz dan heroinnya Zara Zya seorang Libra. Tak dapat nak ditangkis lagi bahawa ini adalah merupakan gandingan yang mantap dengan lakonan Zara Zya yang bersahaja dan lakonan macho Aaron Aziz.

Sinopsisnya agaknya lebih kurang sama dengan cerita-cerita sebelum ini namun lebih menarik. Macam ni cerita nya :


"Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.
Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.
Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih wanita lain.
Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.
Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?
Hahhaa, begitu lah lebih kurang jalan ceritanya. Kalau nak tahu Penulis Novel ini ialah : Syamnuriezmil dan harga sebuah novel ini ialah RM25 (semenanjung) dan RM28 (Sabah & Sarawak). Novel ini boleh didapati di kedai-kedai buku. Tapi saya nasihatkan tengok siri ini di kaca televisyen anda dan nak lagi best beli lah juga novelnya.
 
So, jangan lepas kan peluang untuk melihat cerita siri ini. Saya dan kawan-kawan siap rakam lagi menggunakan astro beyond. Bukan apa takut terlepas ceritanya. Ok jumpa lagi...




Read More...

Benci



Benci


Hari ini aku merasa sangat benci,
Benci kepada orang-orang yang tidak pernah cuba untuk faham,
Aku telah sehabisnya berusaha untuk menjadi yang terbaik,
Namun masih belum cukup,
Aku sudah lakukan kesemuanya,
Namun masih belum cukup,
Kenapa mereka begitu ?,
Kenapa mereka tidak berubah,
Mereka mahukan kan waktu ku,
Apa aku tidak berhak untuk berdiri sendiri?.
Mereka mahukan kasih sayang dari ku,
Apa tidak cukup kah selama ini yang aku berikan,
Sesungguhnya manusia itu tidak pernah puas......


Read More...

Zodiac Pisces



Pisces


part 1:

We are the last sign of the zodiac,
that's why we have a mix of characteristic from all the signs.

We might get really emotional from time to time,
 but that's just because we feel so many things.

We are at heart, dreamers....,
Coz whatever we can imagine we can transform it into really.

We are very intuitive,
and we can sense your feelings without you saying anything,
Strange haa....

We don't hold grudges,
We forgive coz that is our forte.



Read More...