2.14.2017

Cara Terbaik Bagaimana Menggunakan Trial Set Nurraysa

As salam beauties!!! Sbbkan hari ni sy berada dlm keadaan yg baik jadi sy nk share pd semua cara cara nk apply set trial nurraysa tu mcm mana nk pakai waktu mlm.
Jadi semuanya boleh tengok di bawah ni ya. Dan slps tengok mesti ada yg tertanya tanya bila nk pakai UV Cream? Well, UV Cream tu hanya di pakai waktu siang shj ya.
So maksudnya disini serum dan whitening spray tu hanya waktu mlm shj. Dan sabun collagen tu boleh pakai setiap kali anda basuh muka. Faham ya semua.
Read More...

2.10.2017

Nurraysa Produk Mesra Wuduk


Siapa yang nak produk yang memberikan kesan seawal 7 hari pemakainnya?


Ini lah produk yang di cari-cari oleh ramai wanita. Produk yang mampu menyihatkan kulit wajah dan di tambah lagi dengan mesra wuduk dimana si pemakai boleh membasuhnya hanya dengan menggunakan air sahaja tanpa perlu susah lagi.

Dapatkan sabun collagen Nurraysa yang terbaik yang diperbuat dari bahan yang dirumus khas untuk menghilangkan jerawat, black head dan white head.

Dapatkan juga compact powder nurraysa yang di sukai ramai kerana tidak langsung menngunakan bahan kimia seperti mercury dan tanpa bahan silikon.

Dan juga lipstick nurraysa yang senang di pakai tanpa ada bahan plumbum yang langsung tidak menghitamkan bibir si pemakai.

Jadi tunggu apa lagi gunalah produk nurraysa, produk mesra wuduk!!! Jika berminat sila contact di no ini : 0126737226
Read More...

2.06.2017

Hadiah Buat Si Taurus

Dah lama rasanya saya tak menulis di blog ni. Rasa rindu tangan ni nak bergerak-gerak di keyboard menaip apa saja yang terlintas di fikiran. Okay hari ini buat julung-julung kalinya saya nak cerita tentang zodiak dan pada hari ini pilihan zodiak saya ialah Taurus. Ermm bagaimana nak cari hadiah yang sesuai untuk si Taurus?

Taurus memang dikenal sebagai seorang yang stabil, seorang yang suka kepada rutin harian dan seorang degil. Jika telah buat keputusan agak sukar untuk membuat taurus menukar fikirannya. Namun taurus ini pandai berjenaka dan baik hati. Taurus akan menjadi sahabat anda yang baik dan akan berada disisi anda walau apa jua keadaan pun. Dan saya kebetulan mempunyai seorang kawan yang berbintang taurus dan hari jadi telah hampir. Jadi sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik buat taurus.

Apakah kesukaan Taurus? Taurus sukakan barang yang praktikal dan boleh digunakan. Barang tersebut mestilah yang mempunyai harga yang mahal dan berpatutan untuk digunakan. Bak kata pepatah "don't go cheap on this lady". Jika kamu ingin memberikan si taurus pakaian ianya haruslah di perbuat dari material yang sejuk dan selesa di pakai. Tidak guna jika kamu membelikan pakaian yang mahal namun tidak selesa di badan taurus. Alamatnya tidak akan berpakailah pakaian tu. Kebiasaannya taurus sukakan Spa, barang-barang make up, barangan pencuci wajah yang mahal dan berjenama dan minyak wangi. Tidak salah jika saya katakan bahawa taurus ini di kenali sebagai materialistik. Jangan marah ya sahabat Taurus...Tapi taurus ni seksi..

Namun walau apa pun perkara yang paling menarik hati si taurus ialah jika kamu memberikan hadiah berupakan barang yang diperlukan waktu itu. Let say, pada waktu itu kasutnya telah rosak maka jika kamu memberikannya kasut maka itulah hadiah yang paling dia suka dan hargai dari kamu.
Akhirnya dalam pada menulis ni saya telah terfikir akan hadiah yang akan saya berikan pada sahabat Taurus saya. Dan saya berharap si taurus tersebut akan suka dan menghargai pemberian saya tersebut.

Oklah, now since saya dah tahu apa yang nak diberikan kepada taurus tersebut maka cukuplah setakat ini dulu penulisan saya. Bersambung kemudian hari ya!!!


Read More...