2.06.2017

Hadiah Buat Si Taurus

Dah lama rasanya saya tak menulis di blog ni. Rasa rindu tangan ni nak bergerak-gerak di keyboard menaip apa saja yang terlintas di fikiran. Okay hari ini buat julung-julung kalinya saya nak cerita tentang zodiak dan pada hari ini pilihan zodiak saya ialah Taurus. Ermm bagaimana nak cari hadiah yang sesuai untuk si Taurus?

Taurus memang dikenal sebagai seorang yang stabil, seorang yang suka kepada rutin harian dan seorang degil. Jika telah buat keputusan agak sukar untuk membuat taurus menukar fikirannya. Namun taurus ini pandai berjenaka dan baik hati. Taurus akan menjadi sahabat anda yang baik dan akan berada disisi anda walau apa jua keadaan pun. Dan saya kebetulan mempunyai seorang kawan yang berbintang taurus dan hari jadi telah hampir. Jadi sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik buat taurus.

Apakah kesukaan Taurus? Taurus sukakan barang yang praktikal dan boleh digunakan. Barang tersebut mestilah yang mempunyai harga yang mahal dan berpatutan untuk digunakan. Bak kata pepatah "don't go cheap on this lady". Jika kamu ingin memberikan si taurus pakaian ianya haruslah di perbuat dari material yang sejuk dan selesa di pakai. Tidak guna jika kamu membelikan pakaian yang mahal namun tidak selesa di badan taurus. Alamatnya tidak akan berpakailah pakaian tu. Kebiasaannya taurus sukakan Spa, barang-barang make up, barangan pencuci wajah yang mahal dan berjenama dan minyak wangi. Tidak salah jika saya katakan bahawa taurus ini di kenali sebagai materialistik. Jangan marah ya sahabat Taurus...Tapi taurus ni seksi..

Namun walau apa pun perkara yang paling menarik hati si taurus ialah jika kamu memberikan hadiah berupakan barang yang diperlukan waktu itu. Let say, pada waktu itu kasutnya telah rosak maka jika kamu memberikannya kasut maka itulah hadiah yang paling dia suka dan hargai dari kamu.
Akhirnya dalam pada menulis ni saya telah terfikir akan hadiah yang akan saya berikan pada sahabat Taurus saya. Dan saya berharap si taurus tersebut akan suka dan menghargai pemberian saya tersebut.

Oklah, now since saya dah tahu apa yang nak diberikan kepada taurus tersebut maka cukuplah setakat ini dulu penulisan saya. Bersambung kemudian hari ya!!!


Read More...

4.28.2016

Hancurnya Andalusia kerana Ratu Isabella

Pada abad ke-8 Masihi, orang Islam berjaya menubuhkan satu Empayar di Sepanyol yang mempelopori era Zaman Keemasan Tamadun Islam. Orang-orang Kristian, menerusi kajian teliti mereka, mendapati bahawa faktor utama Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menubuhkan Empayar di Sepanyol adalah kerana ketaqwaan  kaum Muslimin. Oleh itu, orang Kristian bertindak melemahkan keimanan mereka dahulu dengan cara menyerang pemikiran dan budaya. Mereka memperkenalkan arak dan lain-lain minuman keras, rokok, muzik, tarian dan pergaulan bebas kepada generasi muda Muslim, dan memastikan semua ini tersedia secara meluas dan bebas.
Perbuatan yang dirancang dengan teliti ini membuahkan hasil yang berkesan, dan keimanan kaum Muslim di Sepanyol mulai menjadi lemah, terutama di kalangan generasi muda. Kesan jangka panjangnya adalah orang Kristian Katolik barat berjaya menakluk seluruh Sepanyol dan mengakhiri kekuasaan Islam yang telah bertahan selama lebih dari 800 tahun. 

Umat Islam diberi 3 pilihan iaitu 1) masuk agama Khatlik, 2) keluar dari Andalusia, 3) Jika tidak mahu keduanya maka umat Islam akan dibunuh dengan cara dibakar. Ribuan umat Islam telah meninggal dunia kerana dibakar dan ribuan lagi kerana kelaparan dalam perjalanan keluar dari tanah airnya. Dan raturan ribu yang lainnya terusir dan kemudian tinggal di sekitar Pantai Utara Morocco dan Tunisia (Afrika Utara) dan sebahagian di Wilayah Turki. Grenada, yang merupakan benteng terakhir umat Islam, jatuh pada 1 April 1487. Penyerahan diri tentera Islam Granada telah dilakukan oleh Sultan Muhammad XII kepada Raja Sepanyol Ferdinand dan Ratu Isabella. Kemudiannya kesemua Masjid di Grenada telah dialihkan menjadi gareja termasuk Masjid Kordoba yang megah itu yang telah di ubah menjadi Gareja Santa Maria De La Sed. Ratusan ribu buku-buku telah habis dibakar, perpustakkaan telah dimusnahkan, sehingga peradaban Islam telah hilang dari bumi Sepanyol. Dan yang tinggal sejarah hanyalah Istana Al Hambra dan Masjid Kordoba sahaja. 

1 April ini dirayakan sehingga sekarang sebagai hari "Tipu Daya April", di mana orang-orang Kristian dengan mudah berjaya menipu orang Islam sehingga jatuhnya sebuah Empayar Islam di Sepanyol yang sering kita megahkan.  Mereka menganggap bukan saja tentera Islam di Granada sebagai orang bodoh yang mudah tertipu, tetapi juga menggunapakai perkataan "bodoh"/fool itu ke atas seluruh umat Islam.

Read More...

12.30.2015

Terima Notis Tuntutan Dari Bank, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Apabila kita menerima Notis Tuntutan atau Letter Of Demand ini apakah yang perlu kita lakukan? Itu lah persoalannya. Ada yang campak dan koyak-koyak sahaja notis tuntutan ini. Ada yang"gabra"...ada yang senyum sinis dan ada pula yang pengsan.

Sebagai seorang Peguam ingin saya memberikan tip-tip yang sesuai dan berguna untuk dilakukan apabila anda menerima Notis Tuntutan dari Bank. Senang sahaja.

Tip-tipnya ialah :

1) Hubungi Bank tersebut (cuba hubungi berkali, usaha sehingga anda bercakap dengan Pegawai)

2) Bincang bagaimana nak jelaskan

3) Buat "reschedule" pembayaran

4) Bayar sedikit dahulu untuk menunjukkan anda "serious" untuk membayar

5) Bayarlah sehingga selesai hutang

Nah, di atas adalah tip-tip untuk mengelakkan dari anda disaman dan dikenakan tindakan Mahkamah oleh Pihak Bank tersebut. Di artikel yang akan datang saya akan menulis tentang orang yang dikenakan tindakan Mahkamah pula.

Terima Kasih.
Read More...