11.17.2015

Bagaimana menghadapi ISIS ? ..."jangan Kamu bergerak, jangan kamu berbuat apa-apa..."

Hari ini saya nak bercerita sikit tentang ISIS. Kita masuk sikit bab agama. Maklumlah 2 3 hari lepas kita digemparkan dengan bom di Paris. Katanya dalangnya adalah ISIS. Tapi kita tinggalkan bab bom ni sebab apa yang penting saya nak cerita sedikit tentang ISIS.

Cerita ISIS yang saya tulis ini saya ambil infonya dari ceramah Ustaz Nazrul Nasir - Tajuk : Siapa ISIS ?.  Ok, mari saya cerita serba sedikit tentang ISIS atau DAISH ini.

ISIS bermaksud Islamic State in Iraq and Syria dan dalam bahasa Arab bermaksud DAISH iaitu ad-Dawlat al-Islamiyya fī’l-‘Iraq wa’sh-Sham.

Di dalam hadith Nabi S.A.W ada mengatakan tentang sifat-sifat ISIS ini iaitu : 

1) Kalau kamu melihat bendera hitam yang daripada Timur,
- tidak syak lagi ISIS ini memang dari Timur
2) Nama-nama mereka ini kunniah iaitu ada berbunyi Abu, 
- nama ketua ISIS ini ialah Abu Bakar
3) Nisbah mereka adalah negeri mereka iaitu Al Baghdadi,
- dan nama ketua mereka Abu Bakar Al Baghdadi mereka dari Baghdad (iraq)
4) Rambut mereka panjang macam rambut orang perempuan,
- memang jelas rambut orang-orang ISIS ini panjang
5) Mereka membunuh orang-orang Islam sedangkan Yahudi laknatullah dibiarkan,
- mereka membunuh semua orang yang dianggap berbuat Bida'ah, maka darah orang yang membuat Bida'ah ini halal utk dibunuh dan mereka tidak membunuh pun orang yahudi (yang memang sepatutnya dibunuh).

Jika kita melalui saat ini, saat dimana ISIS berleluasa maka kata Nabi S.A.W "jangan kamu bergerak dan jangan kamu berbuat apa-apa...kerana mereka akan berbunuhan sesama sendiri sebelum turunnya Imam Mahdi."

Jadi jelas bahawa Nabi S.A.W telah memberikan peringatan bahawa berdiam diri itu dan jangan melakukan apa-apa dan itulah yang terbaik untuk kita buat masa ini.

Saya teringat cerita yang diceritakan oleh sahabat saya di Iraq bahawa setiap hari DAISH/ISIS ini akan sesuka hati menangkap orang dan membunuh mereka tanpa belas kasihan. Tidak kiralah anda sunni atau syiah, sama sahaja semuanya akan dibunuh. Setiaap hari ada sahaja bunyi bom yang meletup hingga sahabat saya tu nak ke gym yang berada tidak jauh dari rumahnya pun tidak berani untuk keluar. Bayangkan betapa bahaya dan ganasnya DAISH/ISIS ini.

So, moral of the story, kita perlu berhati-hati dan sentiasa mengambil tahu perkembangan dunia kerana kita sesama muslim adalah saudara dan kita mempunyai tanggungjawab bersama. Kita buatlah apa yang termampu seperti donation dsbnya. In sya Allah semoga usaha kecil kita ini memberi manfaat.


No comments:

Post a Comment