11.11.2015

Tuan Anas Mikael....Siri Terbaru

Ok, sapa yang dah tengok siri terbaru Tuan Anas Mikael. Sepanjang minggu ini siri ini telah ditayangkan 2 kali Isnin dan Selasa tepat jam 10.00 malam. Setakat 2 siri yang dimainkan ini memang best. Tambah lagi heronya Pisces: Aaron Aziz dan heroinnya Zara Zya seorang Libra. Tak dapat nak ditangkis lagi bahawa ini adalah merupakan gandingan yang mantap dengan lakonan Zara Zya yang bersahaja dan lakonan macho Aaron Aziz.

Sinopsisnya agaknya lebih kurang sama dengan cerita-cerita sebelum ini namun lebih menarik. Macam ni cerita nya :


"Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.
Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.
Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih wanita lain.
Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.
Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?
Hahhaa, begitu lah lebih kurang jalan ceritanya. Kalau nak tahu Penulis Novel ini ialah : Syamnuriezmil dan harga sebuah novel ini ialah RM25 (semenanjung) dan RM28 (Sabah & Sarawak). Novel ini boleh didapati di kedai-kedai buku. Tapi saya nasihatkan tengok siri ini di kaca televisyen anda dan nak lagi best beli lah juga novelnya.
 
So, jangan lepas kan peluang untuk melihat cerita siri ini. Saya dan kawan-kawan siap rakam lagi menggunakan astro beyond. Bukan apa takut terlepas ceritanya. Ok jumpa lagi...




No comments:

Post a Comment