11.16.2015

Love Supermoon, Rugi Sapa Tak Tengok!!!


Love Supermoon, Rugi sapa tak tengok!!!



Sapa yang dah tengok cerita ni??? Best giler...Tak sangka pula cerita yang simple je jalan cerita nya jadi satu cerita yang best. Para pelakon pun menarik juga. Ia tentang kisah 5 sekawan yang mana Razak (watak utama Farid Kamil), Sulayman (Zain Hamid) dan Triz (watak utama Nadiya Nisaa), Nina (Rita Rudani) dan Tiha (Anne Ngasri) yang memang kaki gosip memanjang. 

Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina(Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Nak dijadikan cerita Razak ni seorang Dr yang juga playboy. Triz pula sering gagal dalam bercinta. Sehingga la dia bertemu dengan Azman (Azhar Sulaiman) yang mengongkong, suka menggunakan duit Triz, tidak pernah menyokong apa saja minat Triz. Namun, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru. Ha, maka disini la mereka mula berhubung sebagai kawan. Namun, tipula kalau lelaki dan perempuan berkawan baik mesti salah seorang akan ada rasa cinta pada seorang lagi.
So disini wajibla Triz kan.....Sehinggalah Razak mempunyai kekasih baru Marina. Maka Triz rasa terasing....Membawa diri ke Johor Bharu...(emmm Johor lagi). Dan akhirnya pemergian Triz membuat Razak rasa sunyi. Maka barulah Razak sedar yang cinta sebenarnya adalah Triz. Kerana dengan Triz, Razak boleh menjadi diri sendiri................So jangan lupa saksikan LOVE Supermoon....Bab kenapa nama dia Supermoon, hhaha ini kena saksi kan sendiri.

No comments:

Post a Comment